Monday, March 1, 2010

Paprik Sempoi tp Superb!

(Hidangan : 5org)
Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam - dipotong dadu
1    batang carrot -dipotong comel2
1    biji tomato -dipotong enam
1/6 biji kubis -dipotong kecik2
1/6 kubis bunga -dipotong kecik2
10 helai daun limau purut
4   batang serai -diketuk
6 biji cili padi -diketuk
2 sudu sos cili
1 biji bawang besar -dipotong enam
5 biji bawang putih -diketuk
5 sudu cili boh
3 sudu minyak masak
Garam dan air sesuke hati.

Cara-cara memasak (15-20minutes) :
1. Panaskan minyak masak, kemudian tumis serai dan bawang putih yang telah diketuk td. Gaul2kan shga naik bau..
2. Masukkan cile boh dan tumis shga pecah minyak.
3. Mauskkan sos cili dan juga ayam. Masukkan  sedikit air supaya semua ayam2 td tenggelam.
4. Stelah mendidih dan ayam hampir masak, masukkan sgale male sayur yang diperlukan juge bawang besar yang telah dipotong
5. Setelah kuah hampir pekat,masukkan cili padi dan daun limau purut yang dikoyak2...Masukkan garam lebih kurang 2 1/2 sudu kecil atau erti kate laen sesedap rase...
6.Sedia tuk dimakan!

No comments: