Monday, July 26, 2010

Spaghetti Yummilicious

Semalam buat spaghetti lagi for my friend's birthday..selalunye sebungkus spaghetti ni boleh makan untuk 8-10 orang..kuah die pun memang banyak la..duration saye masak dlm sejam setengah je..tak lame pun..kalo nak try boleh ikut resepi kat bawah ni ye..check it out!
Bahan-bahan:
2 biji bawang besar - potong dadu
1 labu bawang putih - cincang halus
1 tin button mushroom - potong empat
5 batang sosej - potong nipis-nipis
1 bungkus daging cincang - saya guna Ramly
1 Bungkus spaghetti - selalu gune San Remo tapi kali ni stok tu xde
1 tin tomato puri - saya gune brand kimball
2 bungkus Maggi Spaghetti bolognese -macam kat bawah ni ye
1/2 cawan minyak
2 sudu gula
air
garam secukup rase

Cara Masak:
1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih
2. Setelah naik bau, masukkan daging cincang.Biarkan sehingga masak
3. Masukkan dua bungkus maggi bolognese dan secawan air.Gaul dan biarkan sehingga pecah minyak
4. Masukkan satu tin tomato puri dan 2/3 tin air.
5. Tunggu sehingga mendidih, masukkan sosej dan cendawan.
6. Gaul and tunggu sehingga pecah minyak kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa
7. Siap!

Spaghetti rebus macam biasa k..Jangan lupe masukkan garam dan minyak dalam air yang mendidih tu..Minyak tu utk elak spaghetti melekat-lekat.

Ready to eat!!

Thursday, July 22, 2010

Hati Ayam Goreng Kicap

saya ni asyik share simple resepi je kan..bile la nk masak laksa penang ke kuih muih ke..tgk la balik rumah nnt..mane tau mood rajen tu datang...hehehe
Bahan-bahan:
300g hati ayam -dipotong
10 batang kacang buncis - dipotong
2 biji cili besar - dipotong
1/2 biji bawang besar - dipotong
1 sudu kunyit
3 sudu kicap manis
minyak
garam secukup rase
gula
air

Cara Memasak:
1. Gaul hati ayam dengan garam dan serbuk kunyit
2. Panaskan minyak, masukkan hati ayam yang telah digaul dgn kunyit dan garam
3. Biarkan sehingga hampir masak, masukkan kacang buncis
4. Masukkan bawang, cili and kicap apabila kacang hampir masak
5. Masukkan garam, gula and sedikit air jika mahu kuah lebih
6. Siap!!

Sunday, July 18, 2010

Mee Rebus My Mom Style

Bahan-Bahan:
Mee Kuning- DicelurKuah
12 Biji Cili Kering
8 Biji Bawang Merah
2 Biji Ubi Kentang )
1 Biji Ubi Keledek ) dipotong
10 Keping Biskut Marie - rendam dalam air
3 Sudu Udang Kering
1 Cawan Kacang Goreng
1 inci Belacan
Garam Secukup Rasa
Gula Secukup Rasa
 Air

 Bahan Hiasan
3 Biji Telur - Direbus
Taugeh - Di Celur
Cili Besar)
Daun Bawang ) Dipotong
Daun Sup)


Cara-Cara:
Penyediaan bahan
1. Kisar Kacang Goreng
2. Goreng cili kering dgn minyak yang sedikit kemudian ketepikan
3. Goreng bawang merah dengan minyak yang sedikit
4. Goreng belacan sehingga naik bau
4. Kisar cili kering, belacan dan bawang yang telah digoreng tadi.
5. Goreng udang kering dengan sedikit minyak
6. Rebus ubi keledek dan kentang sehingga empuk
7. Kisar ubi yang telah direbus dengan udang kering yang digoreng dan biskut marie

Cara masak
1. Panaskan minyak
2. Tumis cili kering dan bawang yang telah di kisar tadi dan tunggu sehingga pecah minyak
3. Masukkan biskut marie, udang kering dan ubi yang telah dikisar
4. Tambahkan air - pastikan kuah tidak terlalu cair
5. Tunggu sehingga menggelegak dan naik bau, masukkan garam gula dan serbuk kacang yang dikisar.
6. Sedia di makan bersame bahan-bahan hiasan dan mee yang telah di celur


Try it out!! arwah atuk ngan ayah sangat suke menu ni bila mak saya masak.

Thursday, July 15, 2010

Sambal Ketam

ni menu tengahari tadi..gigih ni terus update..hehe..bukan ape ni first time saye masak ketam...lagi pun kt rumah ni jarang makan ketam...slalu makan kat restoren seafood je..jadi kali ni sy buat ketam berlado..xpun panggil sambal ketam xpun ketam goreng bercili..ape2 je namenye pun xkisah, yang penting sedap kan?

Bahan-bahan:
3 ekor ketam - size sedehana disiang
4 biji bawang merah)
3 biji bawang putih  )
1 inci halia              )   dikisar
1 inci kunyit hidup  )
1 biji bawang besar - di mayang
4 biji cili padi - dipotong
1 batang serai - diketuk
2 sudu gula
2 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
Air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bahan2 yang dikisar. Biarkan sehingga pecah minyak
3. Masukkan gula, garam dan serai. Jika terlalu kering tambahkan sedikit air
4. Masukkan ketam yang telah dibersihkan, sos tiram dan sos cili. Gaul2 ketam sehingga rata
5. Jgn biarkan ketam terlalu lama. Apabila hampir masak taburkan bwg besar dan jugak cili padi.
6. Sedia untuk di hidang dan di ngap!

Tuesday, July 13, 2010

Mushroom Sosej Blackpepper

ini pulak resepi bile kat dlm peti tu dah xde pape brg basah dah...bila dh macam tu...ini pun sodapp..tambah2 bile makan dgn nasi panas dan kicap manis..huhu..kat rumah saya xpernah buat kalo kat uni tu yela..cepat jek dorang makan..hahaha..
Bahan-bahan:
5 batang sosej- potong nipis2
1 tin mushroom -potong nipis2
2 sudu serbuk blackpepper
2 bwg putih - dimayang
1 biji bawang besar - dimayang
5 biji cili padi -potong halus
garam secukup rase
minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Panaskan minyak kemudian tumis bwg besar dan bawang putih
2. Bila naik bau, masukkan sosej and mushroom.
3. Tunggu sampai masak, masukkan cili and taburkan serbuk blackpepper. Jgn lupa taburkan garam secukup rase.
4.Done!

Monday, July 12, 2010

Blackpepper Chicken My Style

Biasanya kalo kite makan ayam masak blackpepper ni ade mcm2 resepi kan..tp yang ni sy try kt miri and my bestfriend suke sgt makan..selalu la buat..jadi kali ni nk share..mane tau nnt die nk masak kt umah..hehe
Bahan- Bahan:
 1/4 ayam dipotong dadu
5 sudu besar blackpeper ditumbuk halus - ikut kepedasan
3 biji bwang putih- ditumbuk*
2 biji bawang merah - ditumbuk*
1 inci halia-ditumbuk*
1 tin button mushroom - dipotong nipis
2 batang serai - diketuk
1 biji bawang besar - dimayang
4 biji cili padi - belah di hujung
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan2 yang ditumbuk bertanda *
3. Apabila naik bau, masukkan blackpepper yang ditumbuk dan serai.
4. Tunggu sehingga pecah minyak, masukkan ayam. Masukkan air sedikit dan tunggu sehingga air kering atau ayam hampir masak
5. Masukkan mushroom, bawang besar dan cili padi.
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Siap dimakan dgn nasi panas!!