Showing posts with label Cake and Biscuit. Show all posts
Showing posts with label Cake and Biscuit. Show all posts

Wednesday, August 18, 2010

Kek Batik Milo

resepi ni mula-mula saya belajar ngan one of my bff la..kalau tak salah dalam 3tahun lepas kot..dulu-dulu memang tak tau la nak buatkan..rupenye senang dan simple sangat..barang-barang yang digunakan pun tak banyak..bila balik rumah mak saya pun suh gak buat kadang-kadang tu..kalo kat uni ni pun kawan-kawan suke makan..kejap je dah habis..kalau ade sesape nak try buat jugak, saya share resepi kat sini k?

Bahan-bahan:
1 bungkus biskut marie julie's
1 buku buttercup
1 tin susu pekat
1 1/2 tin milo   ) sukat menggunakan tin susu tadi
1 1/2 tin air

Cara memasak:
1. Mula-mula bancuhkan milo, air dan susu pekat dalam satu bekas.Kacau sehingga sebati.
2. Cairkan butter dalam periuk atau kuali
 3. Setelah butter cair, masukkan bancuhan milo tadi
 4. Biarkan di atas api dan kacau sehingga bancuhan pekat dan berkilat. Mendidih ala-ala dodol gitu..
5. Semasa bancuhan hampir pekat, patah-patahkan biskut marie
 6. Masukkan dan gaul biskut marie bersama bancuhan yang pekat tadi
 7. Pindahkan ke dalam bekas atau loyang...ratakan dan simpan di dalam peti sejuk
 8. Sedia untuk di makan.
KEK BATIK MILO