Monday, July 12, 2010

Blackpepper Chicken My Style

Biasanya kalo kite makan ayam masak blackpepper ni ade mcm2 resepi kan..tp yang ni sy try kt miri and my bestfriend suke sgt makan..selalu la buat..jadi kali ni nk share..mane tau nnt die nk masak kt umah..hehe
Bahan- Bahan:
 1/4 ayam dipotong dadu
5 sudu besar blackpeper ditumbuk halus - ikut kepedasan
3 biji bwang putih- ditumbuk*
2 biji bawang merah - ditumbuk*
1 inci halia-ditumbuk*
1 tin button mushroom - dipotong nipis
2 batang serai - diketuk
1 biji bawang besar - dimayang
4 biji cili padi - belah di hujung
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
air

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
2. Tumis bahan2 yang ditumbuk bertanda *
3. Apabila naik bau, masukkan blackpepper yang ditumbuk dan serai.
4. Tunggu sehingga pecah minyak, masukkan ayam. Masukkan air sedikit dan tunggu sehingga air kering atau ayam hampir masak
5. Masukkan mushroom, bawang besar dan cili padi.
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Siap dimakan dgn nasi panas!!

1 comment:

odieY said...

kawan baikmu mahu mencuba resipi ini... semalamkan saya kate teringin... sob3x