Sunday, December 26, 2010

Tom Yam Ayam

Rasenye lame sgt tak update blog ni..even ade few recipe buat and tersimpan dalam draft..ade gak hazab nak upload..kali ni kite masak tom yam ye kawan-kawan..sbb takde sgale seafood, tom yam ayam pun boleh la kan?
Bahan-bahan:
1 biji bawang besar - potong lapan
3 ulas bawang putih - diketuk
3 batang serai - diketuk
5 biji cili padi - di ketuk
7 helai daun limau purut - koyak2kan
1/2 paste tomyam adabi -optional
1 biji air limau nipis - ikut nak masam mane
2 sudu garam
3 sudu minyak masak
300 gram ayam - potong dadu
ape-sayur yang nak dimasukkan
Cara masak:
1. Panaskan minyak kemudian masukkan serai dan tunggu hingga naik bau.
2. Masukkan hirisan buah tomato. Kacau hingga tomato hampir hancur and nampak mcm paste tomato. Masukkan bawang besar dan bawang putih. Tunggu kejap sampai naik bau
3.Lepas dah naik bau, masukkan ayam dan 3 mangkuk air. (sukatan air ikutlah nak kuah banyak mane k?)
4.Dah nampak ayam hampir masak masukkan paste tom yam, daun limau purut dan cili padi.Tak lupe gak perahan air limau. Agak lah nak masam stakat mane. (paste tomyam ni takde pun takpe sbb tumis tomato tu mcm dah paste die  dah..kire mcm tomyam putih)
5. Dah mendidih masukkan sayur dan jugak garam..tapi kalo nak letak carrot ke ape yang lambat empuk tu make sure masukkan itu dulu before sayur lain lain yang cepat layu k?

Selamat Mencuba!

No comments: