Menu sahur paling simple!kalo dah pemalas tu..buat ni je senang dan cepat...sedap tu pasti! *perasan*
Bahan-bahan:
1 tin sardin size kecil
1 biji bawang besar - potong bulat
3 biji bawang putih - cincang halus
3 biji cili padi - diketuk
2 sudu air asam jawa
air
gula
garam
minyak untuk menumis
Cara memasak:
1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih dan sedikit bawang besar yang telah dipotong
3. Apabila naik bau, masukkan sardin. Masukkan setengah tin air
4. Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam, gula, air asam jawa, bawang besar dan cili padi
5. Tunggu sehingga kuah agak pekat.
6. Siap!
No comments:
Post a Comment