Saturday, September 25, 2010

Popia Gunting

 Menu simple yang boleh banyakkan hidangan time raya..dan boleh jugak buat snacks nak kunyah-kunyah bila tengok tv ke main laptop ke.. ;p

Bahan-bahan:
Kulit popia
Gula Castor
Minyak masak

Cara-cara:
1. Gulung kulit popia kemas-kemas..nak mudah gune lidi sate macam kat bawah ni.Gulungan pun akan kemas sikit.
 
2. Kulit popia yang siap digulung macam kat bawah ni k?
3. Kemudian, gunting kulit popia ni serong-serong dan tajam-tajam macam kat bawah ni..size pulak suke hati anda la nak macam mane kan? Jangan lupe lapik bekas tu dengan kain yang lembap ek..sebab tak nak kulit popia tu kering.
4. Panaskan minyak dan goreng sampai kekuningan seperti gambar di bawah.
5. Biarkan dalam bekas untuk sejat minyak sekejap kemudian gaulkan dengan gula castor.
6. Siap!..Jangan lupa simpan dalam bekas kedap udara k?..

Sunday, August 29, 2010

Buah Melaka

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung beras
5 helai daun pandan -blend dan tapis airnye
gula melaka - potong dadu
kelapa parut- bahagian putih sahaja, gaul dengan garam sedikit

Cara Memasak:
1. Campurkan tepung pulut, tepung beras dan air daun pandan.Gaul dan uli sehingga tepung tak melekat kat tangan
 2. Didihkan air. Jangan lupe masukkan daun pandan sehelai yang telah disimpul.

3. Uli bulat-bulat then letak gula melaka kat dalam tu..
 4. Masukkan dalam air yang mendidih, apabila buah melaka terapung, angkat dan masukkan dalam kelapa parut. Gaulkan sehingga rata.

Tuesday, August 24, 2010

Ayam Goreng Kunyit Sayur

Bahan-bahan:
1 mangkuk ayam - potong kiub
1 biji carrot -potong panjang2
1 genggam kacang buncis - potong serong2
1/2 biji bawang besar - potong bulat2
5 biji cili padi - dipotong atau diketuk
kunyit
garam
minyak

*boleh tambah bunga kubis atau kubis jika mahu lebih sayur*

Cara masak:
1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan garam. Lebihkan sedikit kunyit dan garam.
2. Panaskan minyak kemudian masukkan ayam tadi. Biarkan sehingga betul-betul garing
3. Campurkan semua sayur-sayuran yang telah dipotong, bawang besar dan cili padi
4. Tunggu sehingga sayur masak dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
5 Yummy!

Sup Ayam Mudah

Bahan-bahan:
6 ketul ayam yang telah dibersihkan
1 biji bawang besar  )
3 Biji bwang putih   )  Ditumbuk
1 inci halia              )
1 biji carrot - potong bulat-bulat
3 biji ubi kentang dipotong
1 batang daun sup dipotong halus
1 batang daun bawang dipotong halus
1 sup bunjut adabi
2 sudu rempah serbuk sup adabi
4 cawan air
garam
minyak

Cara masak:
1. Panaskan minyak kemudian tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau
2. Setelah naik bau dan garing, masukkan ayam, air, sup bunjut dan rempah serbuk
3. Biarkan sehingga mendidih atau ayam hampir masak
4. Masukkan carrot dan ubi kentang yang telah dipotong
5. Biarkan sehingga ubi kentang empuk, masukkan garam secukup rasa. (masukkan aji no moto jika perlu)
6. Setelah semua bahan masak dan empuk, tutup api kemudian masukkan daun bawang dan daun sup
7. Sedia untuk di makan dengan air asam atau sambal kicap :-)

Monday, August 23, 2010

Nasi Goreng Cina

Bahan-bahan:
3 cawan nasi - telah disejukkan
1/2 bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 cawan sayur campur
1 kiub pati ayam knorr - bancuh sedikit dengan air
4 batang sosej -potong nipis2
2 biji telur
2 garam
minyak

Cara masak:
1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan pati ayam knorr yang telah dibancuh, sayur campur, sosej dan garam
3. Biarkan sehingga sosej masak, masukkan nasi dan gaulkan.
4. Apabila semua digaul rata, masukkkan telur ditengah-tengah bahagian nasik.Biarkan agak masak kemudian gaulkan hingga rata.
5. Siap untuk dimakan dengan ayam goreng atau time berBBQ!

Sunday, August 22, 2010

Sambal Tumis Cencaru

Bahan-bahan:
3 ekor cencaru bersize sederhana - disiang dan dipotong
3 senduk cili boh
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1/3 cawan air asam jawa
kunyit
gula
garam
Minyak masak

Cara memasak:
1. Gaulkan ikan dengan kunyit dan garam, goreng sehingga masak. Jangan sampai terlalu garing
2. Panaskan minyak dan tumis cili boh sehingga garing, naik bau dan pecah minyak
3. Masukkan air asam jawa, gula dan garam
4. Masukkan ikan cencaru yang telah digoreng dan bawang besar
5. Tambahkan air desikit jika terllau kering dan biarkan sehingga pecah minyak sekali lagi
6. Siap!

Saturday, August 21, 2010

Kailan Ikan Masin

Bahan-bahan:
1 ikat kailan -dipotong, asingkan batang dan daun
2 ketul ikan tenggiri jeruk
5 biji cili padi -diketuk
1 biji tomato - dipotong
4 ulas bawang putih - diketuk
1 biji bawang besar - potong lapan
minyak masak

Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ikan tenggiri jeruk. Hancurkan-hancurkan isi ikan
    (lebihkan minyak if nak kuah lebih)
2. Kemuadian, tumis cili padi, bawang besar dan bawang putih
3. Bahan-bahan diatas hampir garing, masukkan tomato dan batang kailan yang telah dipotong
4. Apabila hampir layu, masukkan daun kailan
5. Siap!