Kali ni internet laju sgt. So, rajin je la nak mengupload byk gambar. Masa tengok ikan kayu mak beli, sy dok pkir la nak masak ape..sbbnye, ikan ni slalunye sedap goreng dgn asam jawa, msk kicap or sambal je. Takpun, kalo dah bosan2, boleh buat sumbat mcm ikan cencaru jugak. Jadiknye, tanya lah my mom mcm mane nak buat bg sedap. Then die bg resepi arwah nenek sebelah ayah slalu masak..not bad..sedap jugak!hihi
Bahan-bahan yang diperlukan:
1 ekor ikan tongkol - belah belakang
1 cawan kelapa parut )
1/2 inci kunyit hidup )
5 biji cili padi )
3 ulas bawang merah kecil yang dihiris ) ditumbuk halus
1/2 inci belacan )
sedikit garam )
serbuk kunyit )
3 sudu air asam jawa
daun pisang untuk membalut ikan
Cara masak:
1. Tumbuk semua bahan tadi sehingga agak halus, kemudian campurkan air asam jawa. Rasa la siket cukup tak semua rasa. :-)
2. Letakkan bahan-bahan tadi di bahagian tengah ikan.
3. Kepitkan ditengah-tengah ikan dan lumurkan garam kunyit di bahagian luar ikan
4. Sedia untuk dibakar. Saya tak tau bape lame nak bakar if dlm oven sbb sy bakar kat luar rumah je..hihi
5. Yang pasti tengok ikan tu masak kire siaplah! ;p
No comments:
Post a Comment